Saturday, December 5, 2009

Thursday, December 3, 2009

PENGENALAN

Bunga adalah sebahagian daripada keindahan alam yang mampu membawa kita kepada perasaan gembira, sehingga ia sering dikaitkan dengan perasaan kasih sayang, bersyukur dan juga dukacita.

Bunga dipakai pada hari pertunangan, pesta, pernikahan dan juga kelahiran anak. Ianya juga sering digunakan untuk menunjukkan simbol cinta, kesihatan dan umur yang panjang. Bunga juga diletakkan di kuburan orang yang dicintai sebagai tanda berkabung dan hormat.

Bunga dipakai dalam perayaan hari kebesaran, kemerdekaan, menyambut orang kenamaan dan juga menghormati pahlawan sebagai simbol penghargaan dan sukacita. Sesuatu perayaan yang tidak dihiasi dengan bunga akan terasa hambar dan kurang ceria.

Ada beberapa jenis bunga yang dianggap bernilai kerana dipercayai memiliki pengaruh dan keistimewaan tertentu. Nilai dan makna bunga selalu dikaitkan dengan bentuk, warna, bau, lagenda, mitos atau kepercayaan tertentu.

Bunga juga digunakan sebagai penghias meja rumah makan, ruang tamu, ruang restoran, ruang hotel dan sebagainya untuk menyemarakkan suasana. Ruang yang dihiasi bunga mampu melahirkan perasaan tenang dan damai.

Warna bunga melambangkan sesuatu kepada penggemarnya. Putih dianggap melambangkan kesucian, kepercayaan, kejujuran dan berkabung. Kuning melambangkan kebencian, dukacita dan kesedihan. Hitam melambangkan dukacita, kesungguhan hati, dan kesedihan. Biru pula melambangkan kesetiaan dan perenungan yang dalam. Merah melambangkan asmara, kemasyhuran, nafsu amarah, daya atau hasrat yang kuat. Emas melambangkan kemegahan dan kekuasaan manakala perak pula melambangkan kepercayaan yang teguh.

JENIS - JENIS BUNGA




Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Di akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk pemilihan iaitu; bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung.



Bunga Mawar merupakan bunga yang paling banyak dicari dan disukai oleh semua orang. Kerana dengan warna dan bentuknya yang cantik, serta wanginya yang harum mampu menggugah perasaan seseorang. Oleh itu bunga Mawar merupakan bunga yang paling popular di dunia, dengan banyaknya jenis Mawar yang begitu memikat. Bunga Mawar disukai oleh orang tidak hanya untuk ditanam dalam vas atau pot bunga, tetapi juga dengan membuat kebun bunga Mawar.


Bunga Tulip yang banyak tumbuh dan terkenal di negara Belanda, juga merupakan jenis bunga yang banyak dicari. Bunga ini tumbuh di musim dingin, dan tidak dapat tumbuh subur di tempat yang beriklim tropis.


Berasal dari China. Kekwa adalah 'short-day plant' iaitu perlukan waktu malam yang panjang (melebihi 10.5 jam) untuk pembentukan bunga. Untuk mengelakkan pembentukan bunga yang awal dan mendapat ketinggian yang sesuai (lebih kurang 100 cm untuk bunga keratan) maka lampu 100 watt dipasang (4 jam) setiap malam. Penggunaan lampu dihentikan apabila ketinggian pokok lebih kurang 35 cm (selepas 5-8 minggu).


Bunga melur terdiri dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun



Bunga matahari (Helianthus annuus L.) merupakan tumbuhan semusim dari suku kenikir-kenikiran (Asteraceae) yang popular, baik sebagai tanaman hias mahupun tanaman penghasil minyak. Bunga tumbuhan ini sangat khas: besar, biasanya berwarna kuning terang, dengan bunga yang besar (diameter bisa mencapai 30cm). Bunga ini sebetulnya adalah bunga majmuk, tersusun dari ratusan hingga ribuan bunga kecil.