Thursday, December 3, 2009

BUNGA YANG TERBESAR DI DUNIA

Rafflesia atau Pakma adalah tergolong dalam Famili Rafflesiaceae. Tumbuhan ini merupakan parasit yang bergantung hidup pada tumbuhan perumah iaitu Tetrastigma spp atau anggur liar. Hasil kajian menunjukkan kesemua 20 spesis Rafflesia di dunia hanya terdapat di Asia Tenggara dengan 8 daripadanya hanya ditemui di Malaysia.
Buku yang mengandungi 7 bab ini telah menjelaskan dengan terperinci tentang Rafflesia yang sering disalah tanggap oleh masyarakat. Fakta-fakta terkini yang diketahui tentang bunga ini telah dihuraikan dengan baik oleh penulis. Buku yang penuh warna-warni dengan gambar dan ilustrasi dapat membantu pemahaman pembaca.
Penulisan buku yang bersifat ilmiah ini bukan lah sukar difahami oleh masyarakat biasa. Akhirnya, hasrat dan usaha penulis melalui terbitan buku ini patut disokong untuk membangkitkan kesedaran awam tentang kepentingan pemuliharaan spesis bunga yang kian terancam ini.




No comments:

Post a Comment